CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

About Me

My photo
Sy suka main games, x kire lh what type of games, yg sy tahu hanya main ajer. Saya lah Ratu Games! Slmt Berkenalan =)

Monday, December 31, 2012

Semester 2 In Unisel BJ



Semester 2 

Salam. Hari ini aku nk bercerita pasal sem 2 aku sepanjang berada di unisel ni. Sebelum aku mula bercerita pasal sem 2 aku, aku cuma nak bagi tahu yg cuaca di Kelantan sekarang adalah musim tengkujuh. So sangat sejukkk... Hujan itu kurniaan Allah..Alhamdulillah.

Sem 2 aku apa yg blh aku bagi tahu dkt korang adlh, sem yg amat mencabar bg aku. Sebab assignments makin byk berbanding dgn sem yg lepas. Dah tak boleh nak goyangkan kaki macam mak datin dah semenjak masuk sem 2 ni. Belajar pun makin susah. Sem 2 ni sebanyak 6 subjek yg kena amik trmasuk lah KoKo. Lecturer pun ok2 semua yg aku dapat.

Dalam banyak2 presentation yg aku dapat, utk sem 2 ni berlainan sedikit dgn sem yg lps. Sebab, salah satu presentation yg aku dapat tu kiteorg kena berlakon. Haha. Aku memang suka lah part berlakon ni. Menarik ! Setiap kali kls Madam Aisyah, aku xpernah mengantuk. Cara penyampaian dia dekat kiteorg memang masuk ke dlm kepala terus la. Kak Ili pun teringin nak jadi macam Madam Aisyah tu. Cara2 madam cakap tu ada intonasinya sendiri membuatkan kiteorg suke mendengarnya.

Next, presentation yg aku paaaaaaling suka ialah kita kena present secara individu di depan. Yeah, no more in group for Mr. Farez presentation. Aku present pasal Albert Einstein. Kak Ili lak sal Mary Jane(bukan dlm citer spiderman punyer k). Kak Ili punya slides utk Mary Jane ni sgt kreatif. Mr Farez pun banyak tersenyum je tgk Kak Ili punya slides (msti dpt markah byk ni). Tapi sygnya aku bernasib malang sebab tak dapat present macam Kak Ili and others. WHY ?? Sebab time sambungan Mr. Farez punya kls at the evening tu, Mr Farez cakap dekat kitaorg dh xblh nk guna projector dia dah atas sebab ada masalah sedikit. So thats mean aku n others yg belum present lagi tu, terpaksa present tanpa menggunakan slides. Dalam kekalutan yg berlaku itu, aku cepat2 pergi print slides yg telah aku buat semua itu, sbgai bahan rujukan aku utk present. Alhamdulillah, walaupun tanpa slides aku present, nasib baik semua org tumpukan perhatian apa aku cakapkan..walaupun ada segelintir (boys at the back -.-" ) yg tak mahu dgr aku present..aku cuba upaya utk present bg yg ingin tahu lagi pasal Albert Einstein ni.

Untuk presentation pasal Grammar II pulak macam biasa la kita kena present. Wajib ada games bg presentation yg ini. Sama macam sem lepas. Yg Mr Bakri presentation pulak aku dipaksa menjadi leader dlm group aku sendiri. Ya Allah..susahnya jadi leader..aku memang hormat lah siapa2 yg pernah pegang jadi leader sebelum ini. Haha. Nak jadi leader mmg kena bijak betul2. Tapi sampai sekarang aku rasa, aku lah leader yg paling teruk. Aku xpandai nk bahagikan tugas dekat anak2 buah aku dengan elok. Aku harap utk next sem ni, aku xmahu dah nak jadi leader.. Tapi kalau ditakdirkan jgk utk jadi leader, Insyaallah..aku akan buat yg terbaik drpd yg sebelum ini. Bagi presentation Madam Zalilah pula, ramai seniour2 kata "Habislah korang kalau dgn Madam Zalilah nanti".. Aku benar2 cukup tak faham kenapa diorang cakap camtu dkt junior2 dia macam aku ni. Rupa2nya memang HABIS betul time present dgn Madam Zalilah tu. Dia tanya soalan yang gyler2 lah. Tp Alhamdulillah, utk group aku ni dia tidak banyak menyoal sgt.

OK..itu baru habis part yg dlm kls aku. Sekarang aku nak cerita sedikit pasal Koko aku pulak. Subjek koko aku ialah PSSCM aka Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Sekarang utk kelas Asas yg macam aku ni, dah mula ramai ahli baru yg telah masuk. Nasib baik jgk sudah ramai ahli baru yg telah masuk ni. Maka cepat sedikit proses pembelajaran aku dalam silat cekak ni. Buat masa sekarang aku telah dapat sebanyak 10 buah. Insyaallah..nanti masuknya sem 3 ini nanti, akan dapat sebanyak 21 buah pulak. N then kalau sempat maybe akn masuk kelas Jatuh pulak.

OK..skrg aku nak citer pulak sal housemates ak bg sem 2 ni pulak. Sebelum aku mula taip, aku nak minta maaf dulu andai ada yg terasa baca ni. Tapi lau takder yg terasa..bgus jgk. Selamat sedikit aku. Hahah. Err..sape dulu eh patut aku mula ceritakan dulu ? Kak Ili dulu lah..senang. Sebab dia roommate aku yg paling nakal. Kak Ili sepanjang sem 2 ini, byk ceria, sedih, marah n macam2 lah perangai dia. Yg paling pasti perangai dia yg suka kacau kami tidak pernah pudar dalam diri dia..(cehh..hebat tak ayt sy kak ? haha). Kak Ili skrg kuat cium housemate2 dia yg lain, yg paling kuat sekali kena adlh aku. Sebab kami sebilik ! Setiap mlm nk tidur, ada aje agenda dia nak kacau aku. Contohnya, time aku tengah tidor..tiba2 je dia ada kat sebelah aku ni hah.. Haha. Haish..Kak Ili2. Kak Ili jgk byk bantu ak dlm pembelajaran. Arigato Oniichan. Hari tu Kak Ili ada sambut raya haji dia kat Pattani, Thailand. Dia bawa balik byk souveniers utk kiteorg. Thanks jgk utk itu. Kak Ili juga kuat aktif dalam GPTD aka Group Penjejak Tamadun Dunia ni semenjak masuk sem 2 ni. Sampai aku pun turut terlibat kadang2 untuk GPTD ni gara2 Kak Ili. Contohnya, aku terlibat dgn show(choir) tentang Isu Rohingya. Dua kali pulak tu terlibat dgn choir ni. Mula2 time hari adat konvokesyen tu kiteorg buat choir kat atas pentas dia and next kiteorg choir seramai 3 org je di dewan biru. Maluuuu...sebab 3 org je yg menyanyi lagu Rohingya ni, iaitu aku, Kak Ili & Nina. Haha. Lawak pun ada rasa. Dalam ramai2 org GPTD ni, hanya 3 org je yg menyanyi. Hah, cerita yg paling hangat sal Kak Ili skrg ialah, dia minat kat seseorg dlm GPTD dia tu. Hensem jgk yg Kak Ili minat tu. Moga2 tu jodoh Kak Ili. Amin..Hehe.

Kak Syud n Umai si H4/H3. Hmm..utk dua org ni apa eh aku patut cerita ? Ok2..aku tahu. Dua org ni suka sgt bergaduh dlm rumah kiteorg. Duduk je sekejap, bunyi la ksyud menjerit dekat Umai. Haha. Lawak pun ada kadang2 dgr diorang brgaduh ni. Nasib baik la si Amiera Azhar tu dpt terima kebisingan diorg dlm bilik tu. Ksyud skrg ada handphone baru. Samsung Galaxy Ace. Kuat je dia posing smbil amik gmbr sjk ada phone baru tu. Untung laa. Bila tgk org lain dah ada phone baru, rasa hati ni pun nk jgk kn phone baru tu. Sobs2..but I don't have enough money to buy a new one. Hari tu ksyud ada bawa balik kucing. Kiteorg amik kucing tu kat masjid di unisel ni. Nama dia Ocho. Tp aku lebih suka pggl dia comeo. Warne kucing tu oren + putih. Spesies jantan. Kucing tu mmg pelik sedikit. Mula2 kiteorg bela dia utk hari pertama n kedua tu elok je brmanje2 ngan kiteorg semua. Tp semenjak dia pergi buat hal kat rumah jiran sebelah, dia macam merajuk pula dgn kiteorg. Contohnya tak nak makan n datang kat rmh kitaorg lg daa. Selama 3 hari jgk kucing tu tak makan. Ni first time aku jumpa kucing yg pndai merajuk ni. Haha. Ocho2. Tp skrg dia dah takde da. Umai yg biarkn kucing tu duk kat luar. Tgk2 kucing tu dh turun sampai ke bawah. So kita biarkan jelah. Lagipun masa tu mggu exam. Dah tak sempat dah nk tgk2 kn kucing tu. Tapi apa2 pun, IMY comeo.

Alya,Bee,Mira.
Alya
pulak..hehehe.Tak tau jugak nak cakap apa sal budak ni. Tp aku suka brgurau dgn dia. Sbb rase serasi bila brgurau ngan budak ni hah. Kami byk persamaan sedikit. Contohnya, aku suka nescafe n dia pun sama. Ahah ! Dapat pun idea. Mintak maaf korang..aku nk cerita jgk ni. Dah xtau nk taip apa lg ni hah.


Time birthday Ksyud hari tu, 3 org gadis ni (Alya,bee & mira) adala buat birthday surprise dkt Ksyud kesayangan mereka ni. Diorang bersusah payah gila prepare macam2 dkt ksyud ni. Tampal nama2 kiteorg kt dinding, gantung belon kt pintu bilik masing2, masak sdap2.. Tp sygnye bukan rezeki diorang nk surprisekan utk ksyud ni. Ksyud xdpt nk nk celebrate birthday dia dgn kiteorg semua. Tapi aku bangga lh dgn korang, sbb sggup buat mcm2 ni. Kan bagus kalau aku dapat join sekaki tolong diorang. Nanti blh la menangis jgk. Hehehe. Gurau2..jgn mrh wei.

Bee, dah ada laptop baru sekarang. Cantik gyler laptop dia ..slim gyler..tp syg xde tempat nk masuk cd. Hmm..x boleh main Counter Strike la camni Bee.. Xpe2 ko download je bnde tu. Xpayah nak cd2 sgt lah. Hehe. Oh, Alya pun beli laptop baru jgk semenjak laptop dia yg lama tu buat hal pulak ngan dia. Netbook Alya comel gyler..dhla warna purple. Sentuh pun sedap. Hehe.

Mira. Yang ni pula apa yg aku boleh ceritakan...dia selalu je balik rumah dia kat Kelantan tu. Aku yg homesick tika tu pun jeles bila tgk dia dpt balik. Xpe..rezeki dia kan. Rezeki aku di lain hari.

Ok ni jer dapat aku ceritakan pasal sem 2 aku dan pasal housemates aku. Hope korang suka baca ni. Kalau xsuka sila pukul aku skrg. Hehe. K lah. Xsabar nak masuk sem 3 pulak. Harap cerita sem 3 aku ni akan lebih menarik brbanding ngan sem 2 aku ni. Oh ya, aku dah dapat lesen P dah skrg ni. Hehe. Sempat jgk aku amik lesen di Unisel ni. OK LAH. Salam , adios.